Monday, July 13, 2009

H 1 N 1 Di UiTM Melaka (tempat aku la wei) PART1

Assalamualaikum...
Lama aku tak post story since masuk kt UiTM Melaka ni.... Bit bz la... dengan minggu mesra siswa... and macam-macam hal lagi la... The latest story pasal H1N1 ni la.... kelam kabut jugak di buat nye... Start 6 July (ISNIN) dah ramai demam dan batuk termasuklah aku. Masa tu tak keluar lagi story H1N1 ni.... memamng ramai la pergi Klinik UiTM untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan free. Last-last masa 12 July (AHAD) haritu... on my way dari Ipoh-KL dapat SMS dari kawan se-kampus yang UiTM Melaka diserang wabak H1N1... ape lagi.... terus call Tunku Nashrul @ Abg Nash (Naib Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar / NYDP MPP) untuk kepastian. Mula-mula memang ingat nak stay kat KL je. Tak nak balik Melaka. Nasib baik tiket bas KL-Melaka tak beli lagi. Masih dalam dilema. Then Abg Nash cakap kelas seperti biasa... :(... Terpaksa la balik ke Melaka. Then sampai kat kampus around 5 petang. Menapak la jalan kaki dari pintu depan ke kolej. "Adik... adik.. sini kejap...", pengawal bermisai lebat dan berbaju biru muda memanggil. "Adik dari kolej mana?" kata pengawal tu. Dengan bangganya aku menjawab "Kolej Lekiu, Encik". "Adik kena pergi Klinik UiTM dekat Unit Kesihatan untuk buat saringan H1N1. Kolej adik ni ada sorang positive... " :-o Aku memang terkejut gile la weiiiiii...... Dengan segera aku pergi naik ke kolej dulu. Abang senior dalam bilik tengah syok main game. Sorang lagi tidor. Aku pelik gak. Macam takde ape-ape yang jadi je. Aku tanya la deorang "Ape cite H1N1??" Apiz menjawab "Duduk dalam bilik je... makan free" ahhahahahaha... aku gelak gile-gile nye. Then aku kemas-kemas baju susun ke dalam almari. Dengan pantas aku turun ke bawah and direct jalan kaki ke Unit Kesihatan. Kat bawah kolej aku, Tuan Azman, Resident Staff (RS) Kolej Lekiu tengah tunggu dalam pajero UiTM dengan memakai face mask. Aku nampak 3-4 orang student yang memakai face mask dari kolej aku membawa beg baju dan bantal masuk ke dalam pajero UiTM yang dipandu oleh Tuan Azman. Aku dah syak.. Ni mesti kene hantar kuarantin. Dengan segera aku jalan kaki ke Unit Kesihatan untuk membuat saringan H1N1. Memang ramai student yang baru sampai untuk buat saringan. Sampai depan pintu Klinik UiTM, suhu badan aku diperiksa oleh pembantu kesihatan. Aku tak demam. YES!! Tapi dia suruh aku masuk dalam klinik untuk check jugak sebab Kolej Lekiu dan Kolej Jebat adalah kawasan black area. Masa di ruangan menunggu memang ramai student yang batuk, yang buat-buat batuk, yang demam dan yang paling penting ramai yang memakai face mask. Then aku jumpa dengan sorang doctor lelaki yang agak tua. Rasanya dari Hospital Melaka. Dia cakap aku OK... Cuma kena amik ubat batuk dan antibiotik bagi memastikan antibody aku cukup kuat untuk menentang virus H1N1. Then aku nampak makin ramai yang kena kuarantin. Lepas Check aku terus balik ke kolej dan menanti berita terkini mengenai H1N1 ni. Lebih kurang bukul 8.30 malam, mak aku call. Dia cakap 4 orang positive H1N1 dan ramai yang di kuarantin. (sumber berita TV3). Aku cakap yang aku just OK. Tak perlu nak risau :D. Semalam... 13 July (ISNIN) melalui sumber berita TV3, student UITM Melaka yang dikuarantin mencecah 60 orang. Adakah ini benar?? Tidakkkk.... Then hari ni 14 July (SELASA), class BEL 101 aku di batalkan untuk hari SELASA dan RABU. Nampak sangat lecturer BEL aku, Miss Masyi, takut nak jumpa student yang semakin ramai batuk. Arab (classmate) baru balik dari pejabat HEP, dia cakap UITM Melaka sedang tunggu kelulusan dari UITM Shah Alam untuk di tutup sementara. MUNGKINKAH?? Hope so. Kesian tengok ramai sangat student yang bertutup muka dan batuk. Nanti aku post picture student-student yang pakai face mask kat dalam UITM Melaka ni. Hehehehe... sabar-sabar... Next post k...
Assalamualaikum.... Bye... (wait for latest news in tv).

2 comments:

  1. hye!!sy ni student uitm melaka jgk..course bisnes..eh,tak pernah nampak p0n awk kt sne..erm,tak sgke plak..haha hope leps ni uitm selamat la ek..

    ReplyDelete
  2. ayeen...
    yer la... hope sume ok... n we'll cont our classes as usual... :)>-

    ReplyDelete