Tuesday, June 16, 2009

AKU & TAKRIF TERKINI LELAKI MUDA *MASKULIN*

Assalamualaikum semua....

Ramai antara anda semua yang tidak mengetahui yang aku ni peminat serta pengumpul majalah Maskulin. Majalah ni terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Takrif Terkini Lelaki Muda merupakan tagline majalah ini. Banyak yang beranggapan majalah ini adalah untuk golongan metroseksual dan 'gay' sahaja. SALAH!!! Tapi aku rasakan majalah ini adalah untuk semua. Tak kira lelaki, perempuan, straight, gay, lesbian, gaybian ataupun bisex. Anggapan orang... apa yang boleh nak dikata. Tagline majalah ni memang macam ditujukan kepada lelaki, tetapi perempuan pun suka majalah ni sebab ade..... (sabar)

Majalah ni memaparkan banyak info. Itu sebabnya aku pilih majalah ni sebagai majalah favourite aku. Ini antara collection aku. Banyak lagi ade. Cuma aku simpan dalam kotak. Takut roboh almari buku aku kalau susun majalah Maskulin ni. Ada jugak antara collection aku yang ade orang pinjam. Tapi bila dah pinjam benda best, sekali pulak model yang hensem, leboh la jawab nye. Ada jugak yang aku bagi free dekat cousin aku (Faizi) edisi perkahwinan. Orang nak kawin la katakan. Edisi tu ade check list sebelum, semasa dan selepas kahwin. Senarai bajet pun ade. Koleksi baju-baju pengantin pun lawa.

Ini pulak antara collection 2008. Itu pun ada la "someone" yang pinjam dan belum memulangkannya kembali kepada aku. Bahagian-bahagian dalam majalah ni pun best. Macam-macam input yang berinformasi sesuai dengan golongan lelaki. Selain tu, ada juga bahagian soal jawab, kuiz dan banyak lagi.

Yang paling best ialah........Muka depan majalah ni................. korang paham-paham je la sendiri. Sebab tu aku cakap yang perempuan pun suka majalah ni kerana model-model majalah ni kebanyakannya hot. Ni antara model-model yang pernah jadi cover majalah ni untuk 2008. Tengok muka depan je dah tau ape story dalam. Kadang-kadang tu, sesetengah majalah kita kena selak dalam, tengok-tengok dulu baru tau story. Iklan dalam majalah ni plak semua barang-barang keperluan harian. Macam pencuci muka, pewangi, pakaian, sekali sakala tu ada alat-alat sukan.

So, kalau korang masih tercari-cari majalah yang sesuai untuk mentranformasi diri, membantu dalam membuat pelbagai pilihan, MASKULIN adalah majalah yang sesuai untuk korang.
Akhir kata.... Tanamkan minat membaca di dalam diri anda. hahaha..

~RITS~ :)>-

Tuesday, June 2, 2009

~ Vacation @ Cameron Highlands~

hi all... isnin~1st june lepas aku pergi Cameron Highlands dengan segerombolan family aku. Ada la lebih kurang 13 orang. Kecoh jugak dibuatnye kat Cameron tu:)) ni ade la gambar-gambar aku kat sane. Rajin-rajin la comment kat blog or kat myspace :D



















~kat kedai bunga~














~Equatorial Cameron Highlands~



















~Strawberry Park~














~Pick Your Own Strawberries~

more pictures at----->> www.myspace.com/alexandria91
ok... daaa... bye... :-h >:D< :-*