Tuesday, April 21, 2009

Keputeraan Sultan Perak 2009. Ipoh Hambar??

19 April yang lalu, Perak menyambut Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan.
Kuala Kangsar memang meriah. Tapi Ipoh?? Boleh dikatakan hanya 5% sahaja premis kediaman serta premis perniagaan yang menggantungkan bendera Perak. Tahun-tahun sebelum ni memang banyak digantung. Terasa kemeriahannya. Tapi tahun 2009 ni??

Rumah Datuk..Tan Sri.. serta orang kaya-kaya yang mendapat anugerah darjah kebesaran dari Sultan Perak pun tak gantung bendera. Ni baru premis kediaman.... Jom kita tengok pulak premis perniagaan.




Ni pulak area Pasir Putih, Ipoh. Antara kawasan kediaman yang mempunyai tinggi kepadatan penduduk. Kawasan ini juga merupakan pusat tumpuan penduduk untuk beli barangan harian dan sebagainya. Sepanjang barisan premis perniagaan ini, hanya 2 premis sahaja yang menggantungkan bendera Perak. Yang lain mana?? hermmm..


Ni lagi 1 barisan premis... Sini ada KFC... (errrrmm daaappp... lama x mkn KFC sini).
Hanya Maybank jer yang gantung bendera. 7E...KFC...Klinik... hahaha... hilang nampaknya bendera Perak.







Public Bank pun tak gantung bendera:))
Ni pulak Kelab Rakan Muda yang memalukan. Korang tengok dan pikir la sendiri. Patut ke sebagai badan yang ditubuhkan untuk belia serta dikawal selia oleh Kem.Belia & Sukan memberi contoh sebegini?? Alahai.. Biarlah Sang Kelembai terbang dengan labu-labunya =))



Mengapa jadi sebegini??
  1. Adakah rakyat rasa tidak perlu mengibarkan bendera sempena keputeraan sultan?
  2. Adakah mungkin disebabkan oleh tindakan sultan menukar kerajaan negeri?
  3. Atau tiada penguatkuasaan oleh majlis bandaraya?
  4. Atau mungkin rakyat memulaukan sultan??
Renung-renung Fikir-fikir...

(maaflah sebab tak berapa betul aku nak susun gambar =)) jgn la marah.. nanti kena jual...)

3 comments:

  1. mike orang perak ye sama lar kita.

    ReplyDelete
  2. wah...
    dah macam aktivis poltitik r pulok...

    ReplyDelete
  3. akir-- aku ade mcm aktivis politik ke?? hahaha saje je... tgk pendapat org pasal perak skng ni... tp skit je kumen:( kecewe aku:))

    ReplyDelete