Sunday, April 19, 2009

Belajar?? Usaha, Bosan, Kemampuan atau Dendam?

selepas keluar result spm ni.. mcm2 cerita yang aku dapat dengar...
semua sebookkk apply ipta, kolej itu ini.. termasuk la aku. 11 April aritu aku pegi interview Dip Komunikasi & Media di UITM Kampus Seri Iskandar. Ramai jugak la budak2 sekolah aku yang pegi interview. tp deorang interview cos perancangan bandar dan seni. ni aku nak cerita apa yang berlaku di sekeliling aku... pastinya korang pernah dengar cerita-cerita macam ni.

Kisah Pertama: Anak Setuju, Bapa Kecewa

Konflik ni berlaku dalam kumpulan keluarga aku yang besar ni. sepupu aku Mr.S sebaya dengan aku. result spm dia tak berapa bagus. PMR di Anderson.. dapat sekolah teknik terus setuju untuk join kursus yang bukan diminatinya. katanya tak tahan duduk rumah. tension duduk dengan parents. akhirnya result spm dia tak berapa bagus sangat. tak mengapa. banyak kolej2 sama ada kerajaan atau swasta terbuka luas untuk pelajar yang lemah dalam akademik. kursus kemahiran adalah yang paling sesuai. masalahnya sekarang... bukan Mr.S tetapi bapanya, Haji.M. Mr.S memang nak sangat meneruskan pelajarannya. dia tak kisah walaupun bermula dengan kursus persijilan. Haji.M amat kecewa dengan result Mr.S. So, Haji.M mengambil keputusan untuk melepaskan anaknya. (nak hidup ke.. makan ke.. mati ke.. lantak la kau)
kesian gak aku tgk Mr.S ni.. sebagai bapa, Haji.M harus mengambil berat mengenai pelajaran anak2. Haji.M melepaskan tanggungjawab ini kepada isteri dia, Pn.Z dan anak2 perempuannya (kakak2 kepada Mr.S). Haji.M ni nampak sangat lemah pemikiran nya. dia cakap semua kolej adalah swasta. hellooo Haji.M.. Kolej Komuniti, Poly-Tech Mara, IKBN, ILP, tu semua kolej kerajaan la.. (bodoh tul Haji.M ni). Situasi macam ni salah siapa? bapa? anak?. sebagai bapa, berilah peluang kepada anak untuk meneruskan pelajaran. berdosa la Haji.M. Buat anak tau, pastu tak reti nk bimbing & bantu anak.

Kisah Kedua: Bapa Kaya, Anak Malas

Ni lagi satu masalah. jiran dekat area rumah aku ni. bapak dia, Mr.A bukan main kaya. bisnes kedai makan bagai nak rak. (bagai nak rak? x paham?? gempak maksud nye:)). Mr.A nak sangat hantar anak dia, Mr. N untuk further study. Mr.N ni kira ok jugak la result spm dia. boleh la untuk dia apply diploma kat IPTA. tapi masalah nye Mr.N ni dah malas nak study :)). dia cakap nak relax dulu. aku pelik la budak2 macam ni. tak nampak masa depan ke. ambil la peluang. bapak dah kaya. ape lagi. atau mungkin dia rasa bapak dia kaya sangat kot. tu malas nak study dah. herrrmmm.. macam2 masalah....
____________________________________________________

herrrmm.. ape2 pun. pikir2 renung2. macam2 ragam tentang masalah sambung belajar ni.
ada anak gaduh dengan mak sampai tak bercakap. ada yang bodoh tak guna peluang bapak tu dah kaya. ada yang bapak yang ngok ngek. kesian... kesian...

No comments:

Post a Comment